Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Jadi.

Selamat Hari Jadi UMNO. Hari ini UMNO berusia 62 tahun. Dalam tempoh ini, UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Sejarah UMNO mengajar kita supaya senantiasa mengekalkan perpaduan parti. Sejarah UMNO mengajar kita supaya senantiasa peka dan prihatin kepada suara serta hati jiwa orang Melayu.

Pada hari ini, marilah kita menilai semula sumbangan kita kepada parti, bangsa dan negara. Marilah kita mengambil ketetapan yang baru . Marilah kita membuat tekad yang baru. Taat setia kepada parti. Bukannya hamba kepada pemimpin. Berkhidmat kepada rakyat. Bukannya untuk diri sendiri. Semoga kita bersama dapat terus mendukung agenda serta aspirasi bangsa Melayu. UMNO itu Melayu.

Sempena Hari Jadi ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO. Saya telah dapat meraih pelbagai ‘nikmat’, hasil usaha kerja UMNO.

Terima kasih kerana saya dapat menikmati kemerdekaan.
Terima kasih kerana saya dapat hidup di dalam sebuah negara yang aman damai.
Terima kasih kerana saya dapat menjalani kehidupan seharian di dalam suasana selamat dan tenteram.
Terima kasih kerana saya mendapat pendidikan.
Terima kasih kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia.
Terima kasih kerana saya dapat berdiri tinggi sebagai anak Melayu.

Hutang emas, saya boleh bayar (mungkin secara ansuran). Hutang UMNO, saya tidak mampu membayarnya. Apa yang terdaya ialah senantiasa bekerja untuk UMNO. Menjaga UMNO. Memperkasakan UMNO. Dan mengucapkan - Terima kasih UMNO!

No comments: