As’kum w.r.t.h.
Salam Sejahtera.
Selamat datang ke majlis anjuran Sekretariat Melayu Muda.
Sekretariat Melayu Muda adalah satu perkumpulan informal yang didukungi oleh professional melayu muda. Sejak tahun 2000, kami senantiasa berusaha menyediakan platform untuk generasi muda berinteraksi dengan kepimpinan negara. Bersama berbincang mengenai agenda pembangunan bangsa dan negara.
Saya melihat banyak kawan-kawan lama. Ramai juga muka-muka baru pada malam ini. Terima kasih di atas kehadiran serta sokongan saudara saudari sekelian.
Kepada saudara-saudari ahli-ahli UMNO, saya ucapkan Salam Perjuangan.
Kepada saudara-saudari yang bukan ahli UMNO, saya ucapkan salam persahabatan.
Tetapi pada malam ini, itu semua tidak penting. Marilah kita buang dan tinggalkan label-label ini di pintu masuk. Kita berada di dalam dewan ini atas dasar persamaan. Iaitu bangsa kita melayu. agamanya islam. dan negaranya malaysia.
Di atas dasar persamaan inilah kita akan membincangkan topik forum pada malam ini iaitu – ‘Malaysia Baru : Senario Politik Masakini’.
Dan bersama kita untuk mengupas topik forum ini, ialah :
1. YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir – Ahli Parlimen Jerlun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua AMAN Malaysia.
2. YBhg Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi – Pengerusi Pro-Tem Alumni Melayu
Terima kasih Datuk Mukhriz dan Saudara Akhram kerana sudi hadir pada malam ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada 8 march 2008 telah berlaku tsunami politik di negara kita ini. Tidak pernah di dalam sejarah negara kita, kerajaan yang memerintah hilang 2/3 majoriti di Parlimen. Tidak pernah di dalam sejarah negara kita, 5 negeri dikuasai oleh kerajaan alternatif.
Rakyat telah bersuara. Dengan suara yang amat kuat dan jelas, mereka menyatakan tidak lagi sehati sejiwa bersama kerajaan memerintah. Mereka menuntut perubahan. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih, cekap dan amanah. Bukannya sebuah kerajaan yang hanya melaung laung slogan tersebut.
Keputusan pilihanraya ke-12 ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. What happened? – apakah telah berlaku ? what went wrong ? dimana silapnya ? what next? – apa seterusnya?
Keputusan pilihanraya ini juga telah menimbulkan keresahan. Bukan sahaja rakyat
Oleh kerana itu, para pelabur mungkin mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’. Kita tidak boleh salahkan mereka. Dan ini boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara kita. Kerana selama ini, kestabilan politiklah merupakan tarikan utama pelabur ke negara kita.
Jadi samada kita suka ataupun tidak, samada kita sedar ataupun tidak, keputusan pilihanraya ke 12 yang baru lalu akan mempunyai kesan ke atas negara kita dan kehidupan rakyat
Saudara-saudari - Siding hadirin
Saya menghantar jemputan ke forum ini kepada rakan-rakan melalui emel dan sms. salah seorang daripada mereka membalas emel saya. dan Emel tersebut berbunyi : ‘The last election, the concept of Bangsa or Ketuanan Melayu has been rejected. Especially if you're young. Does anyone in UMNO "get" that??"
maksudnya: ‘Pada pilihanraya yang lalu, konsep bangsa ataupun ketuanan melayu telah ditolak. Terutamanya jika anda orang muda. Adakah orang UMNO dapat mesej tersebut?’.
Walaupun saya telah mendengar ada yang mengatakan demikian, saya terkejut. Namun saya hormati pandangan beliau yang jujur.
Maka timbul 2 Persoalan. pertama – benarkah generasi muda menolak sama sekali konsep ketuanan melayu? Dan kedua, kenapakah generasi melayu muda sendiri menolak konsep ketuanan melayu ini?
Bagi saya, ketuanan melayu bermaksud melayu kekal berkuasa. Kenapa tidak? Bangsa melayu adalah penduduk majoriti. Dan sebagai penduduk majoriti, ia perlu memainkan peranan utama di dalam kepimpinan serta agenda pembangunan negara. Untuk melayu kekal berkuasa, bangsa melayu mesti memiliki salah satu daripada kuasa ini - kuasa politik ataupun kuasa ekonomi. Bangsa melayu tidak mempunyai kuasa ekonomi. Jauh sekali. Pegangan ekonomi kita masih sedikit berbanding bangsa bangsa lain. Oleh yang demikian, bangsa melayu mesti memiliki kuasa politik. Dan kuasa politik ini bukannya kuasa mutlak yang dimonopoli oleh bangsa melayu. Bangsa melayu memerintah bersama dengan bangsa bangsa lain. Ini penting kerana ianya menjamin kestabilan dan keharmonian negara kita.
Ketuanan melayu tidak sama sekali merendahkan bangsa lain. Ketuanan melayu tidak sama sekali menidakkan hak bangsa lain. Ketuanan melayu ialah satu doktrin untuk mengingatkan kita tentang perpaduan. Tentang maruah bangsa. Tentang sejarah bangsa. Kita tidak boleh lupa. Kita telah hilang kuasa politik dan juga kuasa ekonomi selama lebih 400 tahun. Pisang tidak boleh berbuah dua kali. Sekiranya kita hilang kuasa, kita tidak boleh salahkan bangsa lain. Kita adalah racun kepada bangsa sendiri.
Bangsa lain tidak perlu takut akan ketuanan melayu. Melayu bukannya bahaya. Malah melayu dalam bahaya. Lihat sahaja statistik statistik yang ada. Penagih dadah. Kes HIV. Siapa di atas? Bangsa melayu. Mat rempit. Siapa di atas? Budak budak melayu. Siswazah menggangur. Siapa yang ramai?! Anak-anak melayu.
Saya tidak percaya generasi muda menolak sama sekali konsep ketuanan melayu ini. Kenapa mahu ditolak? Ianya sesuatu yang mulia. Sesuatu yang baik. Untuk memartabatkan maruah. Meningkatkan daya saing bangsa melayu.
Saya berpendapat bahawa generasi muda bukannya menolak, tetapi merasa malu. Malu kerana Ketuanan Melayu telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Dipergunakan untuk kepentingan peribadi. Hinggakan bangsa melayu dipandang serong. Hinggakan bangsa melayu dilihat sebagai perkauman.
Kita memakai pelbagai topi. We wear different hats.
Kita memakai topi sebagai seorang professional – sebagai peguam, petani, jurutera dan sebagainya.
Kita juga memakai topi sebagai ahli keluarga – seorang bapa, anak, ibu dan sebagainya.
Kita juga memakai topi sebagai seorang berbangsa melayu.
Kita juga memakai topi sebagai rakyat
Kita juga memakai topi sebagai seorang beragama islam.
Pelbagai bagai topi. Dan setiap topi ini mempunyai prinsip, pegangan serta pemikiran tertentu. Jadi apabila kita berdepan dengan sesuatu isu, kita akan merujuk kepada topi-topi ini.
Apabila bercakap mengenai isu islam, kita memakai topi islam. Apabila berdepan dengan masyarakat dunia, kita memakai topi rakyat malaysia.
Mungkinkah di dalam Malaysia Baru, kita tidak perlu lagi topi-topi ini? Kita hanya perlu memakai satu topi sahaja – dimana topi ini dapat merangkumi kesemua pegangan, prinsip serta pemikiran tersebut?
Di dalam senario politik masakini, apa yang pasti ialah bangsa melayu, terutamanya generasi melayu muda, memerlukan satu payung di mana kita boleh bergerak sebagai satu pasukan. Di mana kita boleh bersama di dalam agenda pembangunan negara.
Persoalannya - apakah wadah perjuangan tersebut ? UMNO ? Keadilan ? PAS ? atau perlukah satu wadah baru diwujudkan untuk menerima idealisma dan pemikiran generasi muda ?
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment