news one.
"Berita Harian: Muhyiddin jawab kritikan 'tak cerdik'."
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080421104824/Article/index_html
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menjawab kritikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas segelintir pemimpin Umno, termasuk menggelar mereka menteri yang 'tidak cerdik' kerana terus meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri. Naib Presiden Umno itu berkata walaupun Mohamed Nazri tidak menyatakan nama menteri yang dimaksudkannya, ia mungkin merujuk kepada dirinya kerana beliau antara menteri yang banyak memberikan pandangan mengenai perubahan kepimpinan dalam parti. “Kalau yang dimaksudkan itu adalah saya... saya sedar saya tidak secerdik beliau. Kelulusan saya pun tak setinggi Mohamed Nazri dan pandangan saya agak sempit dan kekampungan,” katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau mengulas kenyataan Mohamed Nazri kelmarin yang membidas segelintir pemimpin Umno termasuk yang bergelar menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin berkata, agak aneh apabila ramai tokoh politik dan bukan politik dalam serta luar Umno bersetuju serta memberi sokongan kuat kepada kenyataan yang beliau buat mengenai kepemimpinan Umno dan masa depan orang Melayu. “Kalau tak cerdik saya, maka tak cerdiklah mereka. Lagi pun saya tak pernah menyebut di mana-mana sama ada dalam wawancara atau kenyataan kepada media bahawa saya sudah meminta Perdana Menteri meletak jawatan walaupun saya ada menyatakan perlunya perubahan dalam Umno termasuk dari segi kepemimpinan dan yang lain.
“Sebenarnya yang menyarankan agar diadakan pelan peralihan kuasa secara berhemah oleh Umno Johor datang dari saya. Dia kata Perdana Menteri dipilih oleh rakyat tetapi mengikut pandangan saya yang tak cerdik ini tak tepat. Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli Umno yang memilih beliau sebagai Presiden dan mengikut konvensyennya sebagai Pengerusi BN dipilih sebagai Perdana Menteri,” katanya. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik, pula berkata ahli Umno bebas memberi pandangan mengenai apa saja isu atau hal ehwal berkaitan situasi Umno serta masa depan orang Melayu. Sementara itu, Ketua Penerangan Puteri Umno, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata adalah lebih baik semua ahli Umno berhenti bercakap dan jangan memberi tekanan kepada Perdana Menteri.
my comments:
enough said.
Monday, April 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment